Tuesday, November 18, 2008

Jana Pendapatan Lumayan Di Rumah

Kita dapat menjana pendapatan dengan hanya bekerja
di meja makan di rumah anda.

Apakah formulanya? Sebenarnya, tiada formula yang
hebat. Ia hanya cara dan teknik ringkas dan senang
yang dapat memberikan hasil yang hebat. Anda hanya
perlu bekerja tiga jam sehari sambil minum kopi di
meja makan. Ini adalah rahsia yang jarang diketahui
oleh masyarakat di Malaysia. Rahsia ini sudah lama
di amalkan di USA, Kanada dan negara-negara Eropah
lain lebih 100 tahun yang lampau. Apakah pekerjaan
di rumah itu? Pekerjaan dinamakan sebagai perniagaan
secara pos (mail order). Di anggarkan lebih 25 juta
yang menjalankan perniagaan ini. Lebih lima juta
yang berjaya memperolehi pendapatan USD100,000 sebulan.
Di Malaysia, perniagaan pos ini masih lagi belum
diceburi ramai. Jika ramai yang mencuburinya, masalah
pengangguran akan dapat dikurangkan.

Nabi Muhammad ada menyatakan “9 daripada 10 sumber
rezeki datangnya daripada perniagaan”. Jika pekerjaan
makan gaji ada pelbagai jenis contohnya guru, polis,
ahli bomba, doctor, pertahanan awam, dan sebagainya,
ia sebenarnya hanya 10 peratus sahaja sedangkan 90
peratus lagi adalah perniagaan. perniagaan mempunyai
pelbagai jenis, salah satu daripadanya adalah
perniagaan pos. Kadangkala anda terdengar corak
perniagaan yang pelik-pelik, tetapi hasilnya lumayan.
Ini yang dikatakan sebagai jaringan idea. Melalui cetusan
idea, seni perniagaan semakin hebat dan canggih. Orang
yang kreatif dan bijaksana akan berjaya. Mereka akan
mendominasikan idea bagi menjadi jutawan. Akal pemberian
Tuhan ini tidak ternilai harganya. Akal yang sedia ada
ini berupaya meraih pendapatan yang lumayan. Perniagaan
pos ini juga adalah salah satu daripada idea cetusan
manusia yang berupaya memberikan sumber kekayaan.

No comments: