Wednesday, November 19, 2008

Pesanan Daripada Dr. Irfan Khairi - Jutawan Internet

Baru-baru ini tersebar di Internet melalui email adalah email-email
yang menggunakan nama saya sebagai "penghantar" (sender) yang
mempromosikan program reseller ala-ala mencari downline.

Ingin saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa, saya tidak
terlibat dalam mana-mana aktiviti "skim cepat kaya" reseller/
mencari downline yang disarankan dalam email tersebut dan perbuatan
menggunakan nama saya adalah satu kesalahan undang-undang siber.

Kini, siasatan telah dijalankan dan pesalah akan diambil tindakan
berat. Sebelum ini juga, sememangnya ada pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakan nama saya untuk aktiviti-aktiviti
cepat kaya mereka, dan tindakan juga telah di bawa ke mahkamah.
Sila lihat http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Segala program/produk keusahawanan/perniagaan Internet oleh saya
hanya boleh didapati di http://www.rahsiainternet.com

Moga anda dijauhkan dari menjadi mangsa perbuatan tipu di Internet
di mana rakyat Malaysia adalah antara tertinggi yang sering tertipu
dengan program-program skim cepat kaya di Internet.

Ikhlas,

-Irfan Khairi

ps: Bersama ini juga saya sertakan artikel mengenai bagaimana untuk
mengetahui sesuatu program di Internet itu adalah benar ataupun
tidak. Mudahan, dengan ilmu ini, akan mengurangkan lagi kes-kes
penipuan di Internet berlaku.

=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi


Mohamad Salleh Hossain, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Maklumat tambahan:

Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya
tadahkan sekiranya anda boleh masukkan artikel ini ke blog anda dan
linkkan ke http://www.irfankhairi.com. Ini kerana, dengan ilmu
sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan
rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga
berhati-hati di masa yang akan datang!

Untuk maklumat lanjut perniagaan Internet, lawati
http://www.rahsiainternet.com

No comments: