Monday, November 17, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera...

SERONOK SURFING INTERNET SAMBIL BUAT DUIT....

Kalau nak berjaya kita hendaklah berusaha...tapi kalau berusaha tanpa ilmu tidak akan berjaya. Untuk berjaya dalam bidang internet perlukan masa, usaha dan sedikit modal.

Untuk menjadi jutawan di internet kita perlu ada website atau laman web yang baik dengan domain serta tapak laman / hosting , barangan atau produk untuk dijual, kebolehan menghebah dan mengiklankan produk serta keupayaan kita berurusan dengan bank bagi urusan pembayaran atau pembelian.

Saya BUKAN jutawan atau orang kaya internet seperti Dr. Irfan Hairi dan Rakan-Rakan Mentornya tapi seorang suka mencuba sesuatu yang tidak melibatkan wang poket saya sendiri tapi ia boleh masuk...

Masuk...masuk...masuk..pun bukannya banyak sangat tapi cukuplah untuk belanja minyak kereta setiap bulan walaupun ianya dibuat secara sambilan dan part time jika tidak sibuk di sekolah dan talian internet berjalan dengan lancar. Maklumlah kat sini kita pakai server free...cara penerimaannya pun free.

Tapi program affiliates yang telah dan akan saya ceburi banyak membantu saya bagi meringankan beban yang saya setakat ini.

Kita bukan pakar tapi hanya berkongsi maklumat...walaupun dah reput kerana terlalu ramai yang telah berjaya di bidang ini kerana mereka amat pasti...tapi kita hanya ragu-ragu nak buat takut rugi... begitulah sikap kita di Malaysia...

Nak buat Business atau perniagaan kenalah sanggup tanggung risiko...manalah ada yang untung kalau tak ada yang rugi..

Cukuplah ini sebagai permulaan perkenalan kita hari ini dan berjumpa lagi di hari yang lain...

Mohamad Salleh Hossain Baharun


No comments: